Beringatlah Wahai Teman.
[Mode: Rabbani - Pergi Tak Kembali ]
Salam..semoga sihat walafiat belaka.
Tiap yang datang akan pergi jua
Wahai insan-insan yang bergelar manusia sekalian. Beringat dan beramallah selagi kita diberi umur yang panjang dan ingatlah. Pabila tiba tikanya, tak akan satu saat awal mahupun satu saat lewat untuk kita pergi selama-lamanya dari dunia fana ini.
Tiap saat yang berlalu..walaupun tubuh bertenaga..itu bukan menjadi alasan buat Dia untuk tidak menarik balik nikmat nyawa yang diberi. Yang pergi, doakan kesejahteraannya disana dan yang masih lagi menanti menghitung hari-hari ini, beringatlah.. Hari ini mahupun semalam mahupun minggu lepas, mungkin kita mendengar sahabat handai, jiran tetangga,saudara mara kita pergi meninggalkan kita. Al-fatihah buat mereka yang pergi. dan mungkin, esok, lusa, minggu depan mahupun satu jam kehadapan, mungkin tiba masa Dia menjemput kita pula. Bersediakah kita?
Bukan bagaimana kita pergi itu menjadi soal. tetapi bagaimana kita bersedia untuk menghadapinya itu yang perlu disoalkan. Hari ini, mungkin kita lihat mereka-mereka yang dikeliling kita yang pergi dahulu. Mungkin esok lusa kita akan menjejaki langkah yang sama.
Sebagai orang yang mengenali, sedekahkan al-fatihah untuk arwah..dan dalam masa yang sama. muhasabahlah diri secukupnya.
Al-fatihah kepada blogger bernama Nadia/TTT dan jugak kepada M Rajoli yang pergi meninggalkan kita. Moga roh mereka tenteram disana.
Dan wahai teman sekalian..beringatlah..tidakkah kalian melihat setiap batu nisan di kubur itu sambil menyoal diri kalian.."Bersediakah aku menjadi salah satu dari mereka?".. atau sekadar memandang tanpa sedikit pun perasaan ingatkan mati?.
P.S: Do anyone miss me if I'm gone?
at 9/18/10, 8:24 PM . Delete
at 9/18/10, 8:35 PM . Delete
at 9/19/10, 3:07 AM . Delete
at 9/19/10, 3:18 AM . Delete
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.