Sekadar itu tersurat dan tersirat..
Senyum pagi seindah kerlipan bintang,
Rindu pengunjung balik hari,
Bayangan semalam mentinta bicara,
Laman bicara selancar menari.
Sunyi berseorangan peneman sepi,
Seperti ubat pahit manfaatnya,
Tak perlu berduka selamanya,
Pengajar masa dan istilah hati.
Erti Cinta erti rindu,
Sekadar lukisan sehelai kehidupan,
Berakhirnya dengan duka,
Mulanya setinggi bulan.
Kawan kehilangan teman,
Hati kehilangan kesunyian,
Tatkala memberi dan menerima,
Mungkin tidak sedalam menolak.
Pelukis pembaca penerima istilah,
Sekadar nama merasa untuk menafsir,
Datang dan pergi umpama angin,
Biarkan sunyi itu diiringi titisan hujan.
Kerana itu semua isian perasaan.
Yang kosong dengan ungkapan.
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.