gravatar

Perginya hati menempuh alam bergelar persahabatan...


     Entri kali ni aku nak sentuh pasal friendship a.k.a persahabatan..dan entri kali ini kebanyakkan berkisar pasal sejarah atau pengalaman hidup aku sendiri. Mungkin tidak mengandungi sebarang info berguna, tetapi sekadar aku menconteng blog ini dengan sedikit catatan buat ingatan aku sendiri...Mana tahu...satu hari nanti...aku dah beristeri atau mungkin dah bekerja, aku usha-usha balik entri lama buat aku senyum sendiri..

    Berbalik kepada tajuk entri kali ini..sudah 20tahun aku menjejak kaki ke dunia ini..itu pun belum cukup betul-betul 20..sebab hari lahir aku bukan lepas lagi tapi tak lama lagi..banyak yang aku belajar dari erti setiap persahabatan yang aku mulakan atau pernah terjalin sendiri..betul cakap orang...Don't judge a book by it's own cover..sebab cover je tak cukup untuk menilai seseorang...walaupun first impression tu penting...tapi tidak adil bagi seseorang itu dinilai sedemikian rupa..bagi aku...aku belajar something la..cuba kita bayang kita dekat tempat orang tu..bayang apa kita akan rasa bila orang buat macam kita buat dekat orang tu..bak orang tua-tua cakap...dari mata jatuh ke hati..tidak semestinya hati itu mesti cinta..dan tidak semestinya suka itu cinta ke sayang ke..yang aku cuba terang kat sini..perasaan suka berkawan dengan orang tu...kenal dulu hati budi masing-masing..baru boleh menilai macam mana..siapa pun nak berkawan dengan orang yang ceria kan...at least...someone that can warmth us..dan bila seseorang itu baik dengan kita...jangan pulak kita ambil kesempatan...jadilah kawan yang baik sebelum kawan kita berbaik dengan kita...think that...
Pandai-pandai lah korang nak menilai mana satu korang..
     Itu secara general yang mampu aku tekankan..berbalik kepada pengalaman aku yang sudah 20tahun aku lalui..macam-macam personaliti yang aku kenali dan bezakan..first sekali aku nak sangat tekankan..kita berkawan ini tidak berbayar sesen pun..dan kita berkawan ini tidak mengharap dibalas...kita berkawan jugak bukan mengharap untuk diingati dan bukan jugak untuk dilupakan...and that's the truth about friendship..other than that..that wasn't a pure friendship..itu konklusi yang mampu aku simpulkan sepanjang aku mengenali kawan-kawan aku...sepanjang aku kenal..ada je yang jenis penting diri..susah nak nasihat..keras kepala..berhasat dengki..melupakan waktu senang, mengingati waktu susah...tidak senang hati dengan kelebihan orang lain...bercakap banyak..pendiam...periang...happy-go-lucky..kebudak-budakan...baik hati...banyak lagi lah yang tak mampu aku nak tulis..sebab kata orang..easy to remember but hard to forget...dan setiap sikap-sikap yang aku tulis itu mungkin jugak buat musuh-musuh yang pernah dulu menjadi salah satu kawan-kawan aku...senang cakap..sikap-sikap manusia yang pernah aku kenal lah...tidak kira lah musuh ke kawan ke..sahabat ke...

      Apa-apa pun..pengalaman hidup dalam mengenali orang itu banyak mengajar diri untuk lebih bersabar dan tabah la..memang setiap orang mempunyai kekurangan..tetapi itu la guna kawan..kalau ikhlas berkawan..seseorang itu tidak akan melihat kekurangan kawan dia sebagai peluang untuk sabotaj ke ape ke..kawan sejati ialah orang yang mampu menutup kelemahan kawannya itu dari diketahui orang...bukan dibuka-buka...kalau nak berkawan...letak lah niat dekat hati yang tidak mahu minta dibalas atau bertujuan apa-apa pun...Akhir kata...berusahalah menjadi sahabat sejati kepada seseorang sebelum mengharap seseorang itu menjadi sahabat buat diri kita pula...Sekian...Selamat menjadi kawan sejati ye...^_^

rhapsody LiN hah, kecewa kt kwn yg sampai hati maenkan kawan dia sendiri.. org mcm tu x layak dipanggil kawan.
-_-
Administrator erm...tapi..perlu la terima kasih dekat dia..sebab dia kita belajar something..so..kalau bukan sebab dia..kita mungkin tak kenal erti tu semua..huhu
Anonymous ya2.. u r right circuit breaker.

from there we learn everything.

from there we learn how to manage our emotion. which sometimes the emotion is hardly to solve.

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads