"Tak Mampu Lagi...","Penat la..."
Emosi yang tidak terkawal mampu membuatkan pemikiran seseorang untuk berfikir jauh tersimpang dari realiti sebenar. Tekanan yang melampau ini mampu memberi kesan yang mendalam terhadap seseorang individu dan mampu mempengaruhi keadaan sekeliling seperti persekitaran kerja, bersama keluarga dan sebagainya. Antara jalan yang terbaik untuk meredakan tahap tekanan adalah seperti bercuti atau mengambil masa untuk diri sendiri berehat dari kesibukan seharian. Ambillah beberapa jam atau hari mengikut kemahuan untuk pergi bersiar-siar melihat keindahan alam yang mana mengeluarkan cas-cas positif yang menenangkan. Sebagai contoh, lihat gambar dibawah, dan secara tiba-tiba anda akan merasakan suatu suasana yang menenangkan dengan hanya melihat.
Menarik bukan? Itulah kekuatan sebenar minda kita yang mampu mengawal tahap tekanan dalam diri. Sebagai seorang yang beragama, tidak sepatutnya hadir sama sekali rasa kecewa terhadap Pencipta kita kerana sesuatu yang terjadi mengandungi hikmah-hikmah tertentu dan mungkin kita belum menyedarinya. Tambahan lagi, kekuatan jiwa adalah penting dalam menentukan sama ada kita mampu bertahan atau tidak dengan ujian yang diberi. Namun, sebagai seorang Islam, kita haruslah mempercayai yang mana, Allah menguji seseorang hamba-Nya berdasarkan apa yang hamba-Nya termampu. Dalam hal ini, kesedaran mengenai pentingnya sabar amat lah berguna. Oleh yang demikian, bersabarlah dalam melakukan sesuatu kerana semua yang berlaku mengandungi hikmah tersendiri. Sekian.
sudah bleh kembali ceria dr segala kedukaan. anyway, nice post.
at 2/24/10, 4:28 PM . Delete
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.