Intipati Khutbah Jumaat 30 Oktober
Assalamualaikum w.b.t...
Walau hanya beberapa minit syarahan aka khutbah...namun..banyak input yang ingin diri ini kongsikan..
1.Allah bukan untuk dilihat dengan mata..tetapi perlu diyakini dengan mata hati..
2.Harta dan anak pinak mampu membebankan..Tidak pandai mengurus harta..maka rosaklah..dan tidak pandai mendidik anak..lingkuplah...
3.Beringatlah..satu hari nanti..kita akan berjumpa dan berhadapan dengan Allah.
4.Tidak ada pengecualian bagi sesuatu individu untuk lari dari dibicara..
5.Untuk dibicarakan atas semua amalan yang dilakukan..setelah mendapat buku amalan masing2..Tercatatnya kejahatan mahupun kebaikan sekecil zarah...tidak terlepas dari dibicara..
6.Sedangkan umat Muhammad sekarang..semakin lalai dengan nikmat yang diberi..Malahan..lupa yang akan tibanya masa itu..
7.Ingatan terhadap mati dan dibicara oleh Allah..tidak pernah terdetik mahupun difikir..Insaflah..
8.Pernahkan kita berfikir,kepandaian..kekayaan..kemewahan..segala nikmat yang diberi..datangnya dari Allah..tempat utama kita perlu bersyukur...
9.Tidak terlepas sesuatu kaum dari bala dari-Nya jika kemungkaran berleluasa tanpa sedikit pun menyesali mahupun memikirkan kesan-kesan yang mampu membuat Allah murka...
10.Kemungkaran yang ternyata berleluasa seperti :
-meninggalkan sembahyang.
-berzina.
-mencuri
-minum arak.
-membunuh.
-berjudi
11.Marilah bebaskan Malaysia yang tercinta ini..dari segala jenis kemungkaran yang boleh membuatkan Allah murka dan turunkan bala-Nya..sesungguhnya..Allah tidak akan menghukum hamba-Nya berdasarkan individu...tetapi..bala-Nya terharap semua kaum..
12.Wahai orang beriman..tinggalkanlah rezeki,harta dan urusan yang berunsur riba..
13.Janganlah berlaku zalim..Sesungguhnya tidak diberi hijab doa seseorang insan yang zalim..
14.Selagi kemungkaran masih wujud..Sesungguhnya Malaysia tidak selamat dari bala-Nya..
Moga-moga Allah tidak berhenti-henti memberi rezeki serta nikmat-nikmatnya keseluruh rakyat Malaysia tanpa kita berhenti dari berdoa serta berusaha menegakkan syariatnya.
"Kumpul seberapa yang mungkin amalan yang baik sebelum Allah menimbangnya dineraca-Nya..Sesungguhnya,Allah tidak pernah zalim terhadap hamba-hamba-Nya"
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.