Cinta..
Cinta itu kompleks...
Cinta itu mampu menyatukan...
Cinta itu mampu melembutkan hati yang keras..
Cinta itu membawa erti bahagia jika diberi peluang untuk mekar..
Cinta itu mampu membawa hati seorang insan setinggi-tinggi keriangan..
Cinta itu anugerah Allah buat insan untuk mengenal diri..
Cinta itu suci..
Tetapi,
Cinta itu diambil mudah bagi yang tidak menghargai..
Cinta itu pembunuh bagi insan salah memilih..
Cinta itu racun bagi insan yang tidak mengenali ertinya..
Cinta itu dikotori dengan janji-janji kosong..
Cinta itu mampu menjatuhkan seseorang ke lembah kesunyian..
Cinta itu permainan buat insan yang tiada erti belas kasihan..
Berikan cinta kepada yang sudi..
Tunjukkan cinta kepada yang memahami..
Terimalah cinta sepenuh hati..
Moga Allah memberi restu kepada cinta sejati...
::Dari hati yang ikhlas::
Nukilan HyperPlasma/CircuitBreaker
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.