gravatar

Sabar dalam Ujian-Nya.


         Seperti kebiasaan dihari jumaat, saya akan menulis sedikit point-point yang dapat dihighlight dari khutbah sebentar tadi. Mana yang baik, marilah kita ambil sebagai pedoman...

         Dia..telah menjadikan kita sebagai manusia penuh dengan pelbagai perasaan..yakni sayang, kasih, iri hati, sabar, dan sebagainya..selain itu, Dia juga menjadikan manusia rasa menderita dan senang, suka dan gembira agar dia bersabar, bersyukur dan berjihad. Dia juga menjadikan dunia sebagai ujian dan akhirat tempat pembalasan bagi manusia.


         Orang yang penyabar ialah orang yang sangat sabar di dunia atas segala penderitaan yang ditanggungnya, manakala orang yang derhaka dan ingkar pula, adalah orang yang tenggelam dalam kesenangan lalu menjadi lalai dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah dan kufur terhadap nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya dan marah kepada Allah tatkala diuji dengan ujian ke atas dirinya. Firman Allah:

Dan Allah menciptakan langit dan bumi dengan tujuan yang benar dan agar dibalasi tiap-tiap diri terhadap apa yang dikerjakannya, dan mereka tidak akan dikurangkan balasannya sedikit pun. Al-Jaatsiyah:022
          Antara ujian-ujiannya ialah perasaan dukacita kerana perasaan dukacita ini boleh menyebabkan seseorang itu rendah diri, lemah semangat, malas berusaha dan bekerja malahan boleh menyebabkan seseorang itu berputus asa serta hilang pegangan hidup.

          Dukacita boleh disebabkan banyak faktor, antaranya hilang sesuatu yang disayanginya, kerana gagal dalam perjuangan, sangkaan-sangkaan buruk tentang nasib masa hadapannya, kebuntuan dalam masalah hidup.

         Berdukacita tidaklah diharamkan didalam Islam, namun keterlaluan dalam menunjukkan rasa berduka cita itu yang membuatkan ia diharamkan. Rasulullah s.a.w sendiri, pernah merasakan dukacita apabila kehilangan bapa saudaranya sendiri dan juga isteri baginda Saiditina Khadijah dalam tahun yang sama. Apabila berduka secara keterlaluan sehingga melampaui batas seolah-olah membantah ketentuan Ilahi dan menafikan nikmat yang diberikan-Nya adalah dilarang sama sekali dalam Islam. Seperti yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadithnya:

Bukanlah dari golongan umatku, orang yang menampar-nampar dirinya, mengoyak-goyak bajunya dan meraung-raung dengan kata-kata raungan orang dizaman jahiliah iaitu ketika dirinya ditimpa malapetaka atau kehilangan orang yang dikasihinya dan sebagainya.
         Sedarlah, setiap apa yang ada di diri kita ini bersifat sementara dan merupakan pinjaman dari-Nya dan Allah berhak menarik balik nikmat yang diberi atas sebab-sebab tertentu seperti untuk menguji setakat mana iman kita kepadanya, seperti dalam firmannya:
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.Al-Baqarah:155

         Maka sedarlah dan bersabarlah kerana setiap perasaan takut, sedih kehilangan dan sebagainya, itu semua adalah ujian dari Allah. Di samping itu, haruslah manusia mendekatkan diri kepada-Nya.

Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).Luqman:017

         Selain untuk menguji iman, nikmat yang ditarik semula itu juga mungkin kerana hendak digantikan dengan oleh Allah dengan sesuatu yang lebih baik. Firman Allah :


Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.Al-Baqarah:216  

          Oleh yang demikian itu, janganlah kita mengikut hati, berduka cita melampaui batas, yakinlah yang setiap diatur oleh Allah itu ada hikmah disebaliknya, maka kita sebagai hamba-Nya hendaklah menerima takdir yang ditetapkan itu dengan sabar dan redha. InsyaAllah, pada masa hadapan Allah akan mengantikan segala kesusahan itu dengan takdir yang lebih baik.

         Sampai disitu yang saya mampu kongsikan. Yang baik itu dari-Nya, segala salah silap itu datang dari saya diri yang hina ini. Marilah bersabar, kerana bersabar itu mengandungi banyak hikmah. dan ingatlah..perasaan sabar itu sebahagian dari iman. Ikhlas dari saya, HyperPlasma untuk anda. Selamat beramal ^_^.

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads