Zaman dah berubah? Ibu bapa? Anak-Anak?
Entri ni sekadar aku nak point out beberapa benda yang aku rasa macam semua yang kita lalui tak sama lagi. Bukan aku nak salahkan siapa-siapa. Mungkin jugak ada sebab masing-masing dalam menentukan the way they take it.
Kalau kita lihat la. Budak-budak zaman sekarang amat berbeza dengan budak-budak zaman dahulu. Mungkin teknologi itu banyak mempengaruhi dan mungkin jugak persepsi ibu bapa terhadap cara penjagaan anak turut berubah. Kemewahan itu demi keluarga bahagia mungkin?
Kalau dulu, main polis sentri, masak-masak, kahwin-kahwin itu amat sinonim dengan kanak-kanak. Tapi sekarang, susah sangat nak jumpa. Tambahan mungkin kebanyakkan dah berpindah ke bandar. Keadaan sekeliling dah berubah.Mungkin. So, banyak yang habiskan masa bermain di depan komputer, Playstation, X-Box, PSP dan sebagainya.
Kita mungkin tak sedar, tapi cara-cara begitu yang membuatkan sikap berkawan itu terhakis. Bila mana terperap depan permainan sebegitu, ada masa lagikah untuk mereka bersama kawan-kawan macam zaman dulu? Usah ditanya mengapa sekarang anak-anak lebih banyak kawan virtualnya dari kawan sebenar.
Di manjakan usah lagi dikira, anak mana tak disayang ibu bapa kan? tapi macam dah semakin banyak dimanjakan berbanding dahulu. Sedangkan cikgu tidak lagi berani memukul anak murid yang bersalah gara-gara takut disaman ibu bapa, ni kan lagi nak menegur, tak pasal calar kereta dikerjakan. Tapi dahulu, pernah kita ingat bagaimana ibu bapa berpesan? "Cikgu, buat lah apa pun dekat anak saya, asalkan dia menjadi manusia berguna.". Adakah masih relevan sekarang?
Kalau dulu, kepentingan anak-anak amat diutamakan dan yang penting makan minum anak-anak terjaga tetapi sekarang mungkin fahaman ibu bapa dah berubah 180 darjah. "Kerja lebih penting dari menjaga anak-anak" dan alasan paling munasabah katanya, itu untuk menyara mereka. Bolehkan "kerja" itu mengadaikan tanggungjawab sebagai pencorak buat kain putih?
Kalau dahulu, anak-anak sangat peka dengan kesusahan ibu bapa, tak berani untuk meminta lebih, tak berani untuk meminta mereka untuk berulang-alik menghantar barang-barang yang mereka tertinggal. sebaliknya ibu bapa itu sendiri yang datang menghantar tanpa sebarang permintaan!. Tetapi dunia sudah berubah, mungkin tiada lagi rasa begitu. Anak-anak mudah menyuruh itu ini kerana mereka sudah meletakkan "mesti hantar punya" tanpa memikirkan sedikit pun tentang kesusahan yang mereka cipta kepada ibu bapa. Lebih terkilan, ibu bapa hanya menuruti disebabkan sayang kepada anak tetapi anak tidak langsung mengucapkan sepatah pun untuk berterima kasih.
Banyak lagi yang mungkin aku tak senaraikan dekat sini. Walaupun aku belum lagi bergelar bapa, tetapi sebagai abang, aku dapat melihat perubahan-perubahan semasa. Rasa terkilan tak terkira. Cemburu usah dikira. Tapi jika itu realiti, mungkin masanya untuk menerima.
P.S: Mungkin ini tanda pengakhiran zaman?
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.