Preview...
Entri ni sengaja aku nak tulis walaupun mungkin lama lagi nak siap planning aku tuh..harap tak terbantut terus or tak jadi la..walaupun ia hanya part time bagi aku menulis..so..maybe ambil masa sedikit...
Korang sedia maklumla kan..itu pun kalau korang terbaca update about myself tu la..tak bace..tak ape..saje nak kaitkan..aku ade cakap nak tulis cerpen ngan novel kan..haha..mencuba..tak salah kan..aku mengapply semua pengalaman aku..dalam menulis..hehe..ade ke?
Ade part yang aku selit pengalaman aku..ada yang part dipengaruhi imiginasi..novel picisan aje..so..aku just nak kasi preview aje untuk entri ni..erm...harap nanti ada la yang nak publish..dan baca..adei2..
Okeh..preview aje..bukan outline..haha..aku letak cerpen dulu..baru novel..dan..kedua-dua tak ade tajuk concrete lagi..just..mane datang idea..aku masukkan..kadang-kadang tengah nak pejam mata datang..terus capai pensel..hahaha..
Jam dinding di ruangtamu berbunyi membuatkan aku tersedar dari lamunan menandakan sudah melewati pukul satu pagi tetapi dapat ku rasakan pagi ini masa berlalu amat perlahan. Bunyi katak berlagu saling sahut-sahutan memanggil hujan. Sejuk angin malam hening menikam kulit. Bunyi cengkerik diluar membuat aku terleka melayani perasaan mengantuk ini sehingga tertidur di sofa. - Cerpen
“ Nina, mana kau? Kau dah lupakan aku ke?” gumamnya sendirian dibawah pokok diatas bukit dekat dengan tamannya. Kali ini diberi alasan ada kerja dirumah untuk mengelak untuk bersama-sama kawannya seperti selalu. Port itu selalu dijadikan Akmal sebagai port meluahkan perasaannya kepada alam. Mungkin tidak ada yang menjawab, tetapi cukup sekadar mengurangkan tekanannya. - Novel
Itu aje yang mampu aku kongsi..tak nak lebey2..nanti tak jadi tak pasal..huih..doakan aku dapat habiskan..sape nak jadi editor..sile bagi tahu..kekekkee...okeh..sekian..

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.