Ini cerita aku...MunSyI 2010...untukmu USM..
Macam tajuk diatas.entri yang tak banyak info..sekadar kongsi pengalaman..yang aku hadapi tadi..yang aku rasa..mula dengan cuak..habis dengan senyum-senyum sorang-sorang..he he...
Entri ni sekadar pengalaman aku lalui..aku tahu pasti ramai yang update dekat blog masing-masing pasal ni..ada yang nak perlekeh..dan mungkin cakap itu ujian yang paling lawak pernah diorang buat..
Ala..standard la kan ujian personaliti..soalan sure kadang-kadang luar alam..nasib belum sampai tahap anda suka makan cucuk badak?..hehe..itu dah concern sangat-sangat over tuh..
Tadi aku melangkah pergi dengan agak cuak la..dengan tergesa-gesa cari kasut hitam berkulit ntah mana aku letak..eh bukan..ada orang ubah..erm..arahan cakap..mesti ada 15min sebelum test dimulakan..tapi time drive tadi..jam tunjuk 3.46petang..nah..cuak bertambah..dah sampai..tengok ramai baru nak cari tempat masing-masing..so..kurang sikit kecuakan tadi...
Kelas yang aku tempatkan..tak ramai yang hadir..dari 25 buah kerusi/meja cuma yang datang dalam 10 orang gitu...dalam 5min sebelum test bermula..pergh..kawan aku satu kolej dulu duduk seat depan aku..muhaha..tak disangka-sangka satu kelas lak tu..cuak aku terus hilang..hehe..sebab ade orang yang aku kenal jugak..so..tuptup..buat soalan..belek..senyum-senyum..hitam dekat OMR..tengok jam..dah 4.45 petang.dan..time jugak aku berjaya habiskan..ingatkan dah tak sempat...300soalan dalam sejam..tapi berjaya jugak..
Pastu terus keluar sembang-sembang..balik..ok2..korang sure nak tahu apa yang ditanya kan???antaranya..
- Anda suka melukis? Ya/Tidak
- Anda suka meminpin dari dipimpin? Sangat setuju/Setuju/Tidak setuju/Sangat Tidak Setuju.
- Anda suka menyusun data? Ya/Tidak.
- Anda boleh menggunakan kenderaan syarikat untuk tujuan peribadi ketika terdesak? Sangat setuju/Setuju/Tidak setuju/Sangat Tidak Setuju.
- Anda suka memerhati tingkah laku orang sekeliling? Ya/Tidak.
- Sebagai guru anda boleh menyimpan perasaan terhadap pelajar? Ya/Tidak
- Adakah anda cepat berputus asa?Ya/Tidak.
That's all I can share with you all about MunSyI just now..
P/S: Adakala kita kena fikir bertapa seriusnya soalan merepek-merepek ni dari sudut lain..kan?
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.