gravatar

Kesunyian dan kekosongan ini..


         Gelisah rasa hati..terfikir dan terus difikir..teringin aku mengunggap erti disebalik perasaan..tetapi apakan daya..aku hanya insan biasa..dan mungkin..tidak mampu aku ungkapkan kepada sesiapa..walaupun aku mencuba tetapi ia sekadar membuahkan hasil yang hampir sama..tiada ungkapan dapat ku ganti dengan luahan hati sunyi ku yang akan terus menyepi..andai mampu aku kuatkan diri menongkah arus ini..tetapi alangkah pedih kehilangan kudrat yang ku cuba usahakan.




        Bukan ku ingin menunding atau mencari kesalahan..kerna itu yang seboleh-boleh aku cuba elakkan walaupun ia umpama ulat-ulat buah yang luarannya nampak segar tetapi dalamnya cukup sayu untuk diambil kira...Dikala kebahagian kian menyinar, muncul pula halangan menutup cahaya..Aku pasrah..dengan cinta dunia...kenapa aku sering dijadikan fokus utama kekecewaan..kerap kali persoalan itu mengetuk pintu hati yang kian rapuh setiap kali terkenangnya kisah manis yang tidak kekal lama..



       Banyak sekali dapat ku rasakan kelemahan hati..walaupun aku masih berdiri disini mengharap sesuatu yang aku nantikan..agar dapat ia mampu mengisi ruang serta rongga-rongga yang terbuka dan masih berdarah ini..apakan daya..aku cuma insan biasa..yang punya hati tidak bernilai buat mereka yang pernah mengenali..


      Tergerak hatiku menulis cebisan ini dikala aku masih merenung jauh memerhati gelagat sang manusia dan sketsa masing-masing..sedang dilamun kepalsuan dunia yang aku cuba lakonkan..demi menjauhkan hati dari mengingati kisah hitam..tiba-tiba disergah kesunyian dunia yang aku lalui. Tidak ku mampu merawat lagi luka lama yang berdarah takkala aku terpotret kenangan silam diminda saat aku dan dia..dibayangi kekosongan ini, butir-butir bercahaya mengalir dari mata hati terus menitis sebagai air mata..kerna setiap kali ungkapan sayang dan rindu memanah kerinduan yang singgah disudut hati...


       Apakan daya..aku cuma insan biasa..dalam tawa hadir segelumit kecewa..sedang aku merenung.. persoalan sejauh mana ku mampu bertahan..sudah terjawab..mampukah lagi aku teruskan lakonan ini..menyaksikan dunia dengan air mata..yang mungkin hadir dalam rasa hiba mengenalimu..apakan daya.. itu adalah aku..yang tiada aset untuk dinilai dimata manusia..


       Teruskan dengan lakonan ini..fikirku dalam dilemma yang tiada penghujung..mungkin tiada lagi..hati-hati yang sudi mendengar dan memahami... secebis bingkisan tiada nilai ini..dan mungkin juga..tiada lagi yang sudi berkongsi dengan insan yang serba kekurangan ini..kerna aku merasa apa itu kekecewaan dan senyuman dalam kesedihan..entah dimana akukan temui rasa gembira yang terbayang disanubari sang manusia...dan mungkin tiada lagi buatku..

Ikhlas dari insan yang tidak pernah dipandang..

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads