gravatar

Belajar untuk peperiksaan?

            Entri ini ditulis atas pandangan sendiri dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. HP tertarik untuk menulis entri kali ni apabila menonton rancangan "Suara Siswa" di kaca TV yang berbincang mengenai pengajian jarak jauh, dan tetapi bukan itu yang HP nak ketengahkan disini. Ini kerana sepanjang perbincangan para panel, terkeluar idea mengenai belajar untuk peperiksaan. Melihat cara pengajian pelajar-pelajar sekarang, HP tertarik untuk berkongsi pandangan HP sendiri dan mungkin ada anda-anda diluar sana tidak bersetuju dengan apa yang ingin HP kongsikan.
Credit to google image.
           Sejak kebelakangan ini ramai kita lihat, khususnya para pelajar sibuk belajar untuk peperiksaan yang bakal dihadapi tidak kira last minute preparation or long term preparation tetapi matlamatnya sama. So, adakah sistem pembelajaran kita matlamatnya untuk peperiksaan semata-mata? Memang keputusan cemerlang mampu menarik banyak peluang, tetapi apa yang HP nak ketengahkan disini, ilmu dikejar untuk peperiksaan semata-mata. Oleh yang demikian, kita dapat melihat pelajar-pelajar kita kekurangan skill dari segi praktikalnya. Sekadar peperiksaan dan bukan untuk diaplikasikan didalam kehidupan. Budaya belajar untuk peperiksaan ini bagi HP, melahirkan generasi yang tidak kreatif. Mana ke tidak, belajar 4 hingga 6 tahun untuk satu peperiksaan dan ilmu yang diperoleh terkubur dan dilupakan oleh sebab tiada praktikal untuk terus memantapkan apa yang dipelajar. Dengan kata mudah, lepas peperiksaan, selesai sudah tujuan belajar. 
         Begitukah tujuan sebenar kita belajar? Itu bergantung kepada individu masing-masing, tetapi apa yang HP dapati, sistem pendidikan sekarang tiada penekanan terhadap tujuan sebenar kita belajar. Bagi HP, penting bagi setiap pendidik untuk menerangkan jalan-jalan atau hala tuju sebenar dengan ilmu yang disampaikan. Dengan maksud lain, menerangkan apakah sebenarnya kepentingan belajar dan bukannya terlampau memberi penekanan terhadap peperiksaan kerana sesudah peperiksaan, para pelajar yang kekurangan panduan akan terus melupakan apa yang mereka pelajari dan seolah-olah peperiksaan adalah segala-galanya.

        Untuk melahirkan insan yang kreatif mindanya harus dibantu seperti menerangkan sesuatu fungsi ilmu yang dipelajari agar dapat diaplikasikan dalam perkara seharian. Cara pembelajaran dan pengajaran harus diubah agar lebih menekankan prinsip-prinsip praktikal mengunakan ilmu yang diajar agar para pelajar tidak bulat-bulat menerima ilmu yang disampaikan tanpa berfikir tentang fungsinya selain hanya menganggap ilmu atau sesi pembelajaran itu hanya untuk menempuh peperiksaan.

       Mengikut pengalaman HP sendiri, banyak kawan-kawan HP yang hanya fokus kepada peperiksaan semata-mata. Ungkapan seperti "Matilah aku tak study lagi neh, esok dah ada test" "Habislah pointer aku" "Aku tak nak kena drop"..Bagi HP, macam selama ni belajar untuk test?pointer?takut kena drop? bukan ke kita belajar nih untuk menyediakan diri untuk alam pekerjaan yang mana semua ilmu tersebut akan digunakan?..Sekian

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads