Pedulikan aku..kata-kata kosong...tiada erti...tiada makna...
Saat tertulisnya ini, saat terluah segala fikiran ku ini, mungkin tiada lagi harapan yang tertinggal mahupun terselit buat sesiapa untuk aku berikan peluang dalam menaruh harapan. Tiada lagi apa erti harapan, kerana itu membawa pergi seribu penantian dan impian. Meninggalkan apa itu rasa sakit dan pedih yang tidak tergambar. Drama tetap drama, tetapi bukan realiti. Lakonan tetap lakonan, air mata seorang pelakon hanya dibuat-buat...tetapi bukan pada realiti. Tidak sama sekali kering dari linangan hati yang terguris. Bagi ku cukup sekadar aku yang merasai sengsara dijiwa dek perbuatan dan tingkah laku yang digelar manusia-manusia yang penuh dengan ideologi masing-masing. Memilih dan terus memilih, mencari apa erti itu kesempurnaan. Walaupun mungkin berpuluh-puluh jiwa yang ikhlas menyayangi telah mahupun bakal menjadi mangsa persepsi ini dan semestinya tiada penghujung dan mungkin sehingga jiwannya sendiri bakal atau perlu merasakan sedemikian pedihnya kekecewaan dan putusnya harapan untuk mencari. Mungkin diri pelaku tidak sesekali mahupun pernah merasa kesan dan impak kata-kata, janji-janji, pengharapan yang diberi terhadap seseorang yang melibatkan sesuatu yang digelar perasaan malahan kekecewaan itu mungkin atau mampu menghancurkan secara halus hati-hati yang berniat hanya untuk disayangi dan menyayangi. Entah, mungkin tiada penghujung buat perlaku, tetapi entah sedar atau tidak, jiwa yang terseksa mampu menghancurkan seribu impian.
Tapi sayang, hati-hati telah ditutup dengan persepsi diri yang mahukan sesuatu yang berlebihan dan mungkin disebabkan nafsu kesumat. Mata-mata dibutakan dengan kecantikan, ketampanan, keduniaan dan menghilangkan maksud ikhlas, jujur, adab yang tidak lagi bernilai dari mata-mata yang mencari kesempurnaan tanpa menghiraukan jiwa-jiwa yang mungkin mati, mungkin sunyi mungkin hilang erti kehidupan dan mengelapkan masa hadapan. Kecewa hanya mainan buat si perlaku, menangis itu perkara biasa, patah hati itu kebiasaan permainan mereka-mereka yang berhati batu yang kononnya ikhlas pada mulanya tetapi itu hanya ditinggalkan tanpa menoleh sedikit pun. Membunuh erti sayang, erti cinta sebenar. Entah, mungkin dengan kekerasan yang diguna secara sulit berlapik bertopeng nafsu mencari kesempurnaan. Kasih sayang bukan untuk dibalas dengan kata-kata kejam, yang tiada langsung prikemanusian dan pada akhirnya diberi beribu alasan, beratus pembohongan disebalik kata-kata "KASIHAN". Mungkin itu cuma lakonan pelakon-pelakon yang langsung tiada punya hati dan perasaan. Hargailah apa itu erti kasih sayang, apa itu cinta, kerana ia hanya hadir buat sekali dan bukan perasaan biasa-biasa yang muncul untuk semua melainkan apa itu istimewa. Percaya atau tidak, si perlaku pasti akan merasa, akan terjebak, akan terus, akan merasa erti yang sama, seperti yang dilakukannya terhadap jiwa-jiwa yang pernah dulu dianggap tiada erti, tiada makna. Jikalau itu masih belum cukup menyedarkan, kerna yang pasti dan tertulis tentang sikap-sikap dan perlakuan manusia yang mana masing-masing adalah jiwa yang KOSONG tanpa sebarang erti yang mencari-cari dan terus tercari-cari apa yang dikatakan keinginan dan kesempurnaan yang tiada penghujung yang mana tidak kiralah dari segi dari aspek mahupun sudut apa pun termasuklah perasaan, pasangan hidup, kehidupan dan keduniaan.Akhir kata, aku hanya mampu melihat, memerhati, menilai hati budi para manusia yang hadir dan pergi dalam setiap saat dalam hidupku dan aku hanya mampu menulis dan terus menulis hasrat hati, rintihan hati, kesedihan, kegembiraan didalam kamus hidup yang mengajar diriku dalam membezakan lakonan dan realiti.
Mode : "I'm weird cause I hate goodbyes, I got misty eyes"
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.