Drama Bersiri
Bukan tujuan sebenar aku menulis untuk menilai mahupun mengkritik dan apatah lagi membincangkan mana-mana drama yang sedang ditayangkan/sudah ditayangkan/ bakal ditayangkan. Penulisan kali ini lebih berkisar tentang realiti dan fantasi sepanjang hidup bergelar manusia tidak kira kaya,miskin sederhana atau sebagainya.
Drama bersiri,tidak kisah drama apapun yang pernah anda lihat atau tonton. Sudah pasti anda faham permulaan, jalan cerita, konspirasi, agenda, terminologi, klimaks, kesudahan cerita. Semuanya hampir sama cuma yang menjadikan ianya ISTIMEWA ialah bagaimana ia berjaya anda buat anda menangis, tertawa, dan sebagainya walaupun anda menonton jalan cerita yang sama berkali-kali dan menghafalnya. Komplekskan hidup ini? Bukan tujuan nak menjatuhkan ataupun memalukan sesiapa tetapi itu realiti. Realiti yang sebenarnya kita berfantasi didalam drama-drama sehingga mampu teresak-esak menangis. Biarpun lelaki mahupun wanita, kesan emosi tetap sama.
Cukup untuk penerangan fantasi dan realiti, sekarang lihat, kehidupan kita sendiri, diatas muka bumi ciptaan Allah sendiri. Pernah kita berfikir, kisah hidup kita lagi kompleks dari semua drama yang terhidang di kaca tv. Pernah atau tidak, cerita drama,walaupun bersiri, sekompleks kisah hidup seorang manusia, bermula dari kelahirannya,proses pembesarannya dari hari ke hari, dari saat ke saat? Hebat jika manusia berjaya merakam serta membuat drama hidupnya sendiri untuk dipertontonkan kepada semua dan drama itu panjangnya mungkin 60,70 mahupun 100 tahun.
Lihat bertapa kompleks sistem hidup yang penuh dugaan ini disusun atur oleh Allah. Bukan seorang, berjuta-juta, berbillion-billion manusia seluruh dunia. Maha Hebat, Maha Berkuasa. Menentukan qodo dan qadar seseorang demi seseorang. Lahirnya pukul berapa, tahun berapa, dimana, ibunya siapa, ayahnya siapa, benih mana yang datangnya, rezekinya, MATINYA. Itupun masih ada segelintir yang tidak mahu bersyukur. Enak menikmati nikmat kehidupan, tetapi lupa ke jalan yang betul.
Oleh itu,soal kepada hati, budi dan minda pemberian-Nya ini. Kemana aku lepas ni? Hebat sangatkah aku ini? dan paling penting, siapa kita dimata Pencipta. Sekian.
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.