Menulis...Tertulis..
Keseronokan kadang-kadang mendatangkan padah..tetapi disebalik kesakitan akibat beseronok menjadi saat manis untuk terus tersenyum.
Ku kembali menulis untuk menyingkap semua rasa hati yang hadir dikala dingin pagi. Mungkin tiada yang membaca,tetapi sekadar mencatat pengalaman hidup yang diperoleh..
Sakit..mungkin itu ungkapan yang ku rasai..Untuk mencuba sesuatu yang belum pernah ku terdetik dihati untuk bermain. Gelongsor ais..gembira..pengalaman pertama sepanjang hidup ini, tidak mungkin dapat ku lupakan..Pengalaman ini amat berharga buat diri ini..
Seperti baru belajar berjalan..ku cuba untuk terus bergerak sendiri tanpa bantuan.Sememangnya hidup diumpamakan begitu. Jatuh bukan penghalang untuk terus melangkah..Teruskan melangkah selagi kudrat masih diberi.. Pengajaran yang amat berguna buat insan bernama manusia yang hidup dimuka bumi.
Sakit bukan penghalang dan pembantut niat untuk terus maju,dalam erti kata lain,kesusahan mahupun kegagalan dalam sesuatu perkara bukan penghalang untuk menempa kejayaan.
Sejauh mana kemampuan dalam bertahan,itu yang perlu diukur. Sesungguhnya,istilah berputus asa tidak sepatutnya wujud tambahan buat insan yang menganut Islam. Ingatlah,Allah itu Maha Mendengar, Dia memahami kesusahan hamba-Nya.Segala ujian-Nya berdasarkan sejauh mana hamba-Nya mampu bertahan.
Mungkin seringkali kita terfikir,mengapa perlu diuji sebegini teruk.Cuma ingatlah, ujian itu menunjukkan Dia ingin kita mengingati-Nya.Mungkin dalam tidak sedar,diri kita ini jauh dari-Nya..Beruntunglah sesiapa yang diberi ingatan..Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang..Cuma diri kita yang serba kekurangan ini terlupa dek nikmat yang melimpah ruah..
Ku berpesan ini buat diriku..Pernah sekali soalan-soalan begitu bermain di kotak fikiran ini..
Fikiran yang matang mampu membetulkan permasalahan yang timbul..Percayalah pada Allah..Dialah tempat kita datang dan kepada-Nya kita kembali..
Mungkin sesuatu yang terjadi,sama ada dalam bentuk nikmat mahupun kesusahan..tetapi..semua itu ialah ujian-Nya.Melihat sejauh mana kita mengingati-Nya.Tempat sepatutnya kita bergantung harap. Ya Rabbi,Ya Rahim,Ya Rahman, Ya Karim, Ya Allah.
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.