gravatar

Novel hidupku.

Mungkin betul kata orang.Cinta itu buta.Buta dari sudut memandang hati dan perasaan orang lain yang menaruh harapan buat ku. Kerana hanya dirimu di mata hati ku.

Mungkin dirimu tidak menyedari yang hanya diri adalah cahaya buat hidup ku dan itu salah ku. Salah terhadap diriku sendiri dan lebih khusus lagi, hati ku. Salah hatiku dalam membiarkan perasaan sayang itu.

Hari demi hari, harapan yang dahulunya dirimu minta dariku agar aku lupakan, membina erti baru dalam perjalanan ini. Tika aku keseorangan,aku hanya mampu menatap wajahmu yang tersenyum manis walaupun itu cuma hanya sekeping gambar namun itu membina kembali senyuman yang ikhlas dari hatiku. Secebis perasaan yang aku namakan sayang yang masih terselit di sudut hatiku, mengajarku agar berdikari dan tabah meneruskan hidupku yang tergantung jiwanya bersama pemergianmu.

Mungkin kata-kataku ini tidak lagi bermakna buat mu tetapi inilah yang selalu bermain di minda ku saat ku memikirkan mu.

Walaupun hatiku menangis, tetapi aku tabahkan jua untuk tempuhi hari mendatang dengan senyuman. Walaupun itu hanya lakonan sekadar untuk menunjukkan aku kuat dan bukan diriku yang sebenarnya.

"Aku sayang pada mu". Ungkapan yang ingin aku ungkapkan untuk mu di saat ini mahupun hari-hari yang mendatang. Mungkinkah lagi engkau membenarkan aku untuk menyatakan hasrat hati ini?

Mungkin aku tersalah tafsir dalam cara ku menyatakan sayang buat mu dan itu punca buat diri mu untuk mengambil keputusan ini. Keputusan yang selama ini aku takuti dan berdoa agar dijauhkan dalam perhubungan ku bersama mu.

Maafkan aku atas kekurangan diri yang tidak sempurna seperti insan lain. Bukan niat ku untuk menyakiti mu dan bukan terlintas di fikiran ini untuk mengongkong tindakan mu. Maafkan aku atas sayang ku bagi mu keterlaluan. Mungkinkah maafku mampu membuat mu mengerti bertapa diri mu bermakna buat ku..? Maafkan aku untuk kali ini atas membiarkan emosi mengawal minda yang tidak matang ini..

Di saat itu, aku hanya mampu menangis menyesali semua yang terjadi dan hanya satu yang tinggal di hati ini, menharap diri mu memaafkan diri ini dan menerima diri ini. Itu yang aku impikan sepanjang kesempatan mengenali diri mu.

Walaupun waktu berlalu begitu pantas, tetapi hatiku tetap membisikan kalimah "Aku sayang pada mu"

::Cetusan Hati (2009)::

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads