Files

gravatar

Dia dah pergi jauh..

        Ini adalah idea pemikiran aku semata-mata dan tiada kajian yang dibuat cuma menilai dari sudut pemikiran sendiri..Entri kali ini aku nak bercerita sedikit pasal seorang manusia yang dikira kekasih Allah...so harap korang paham siapa kan...entri kali ini juga ditulis bersempena Hari Kelahiran baginda Rasulullah S.A.W...masih tidak terlambat rasanya aku menulis pasal hari yang bersejarah ini..
        Bukan sejarah yang aku ingin bincangkan...tetapi mengenai pemikiran sejagat..pemikiran yang ketika ini aku rasakan masing-masing ingin ketengahkan...yang mana masing-masing tidak mahu mengalah..disini aku cuma ingin ketengahkan apa yang aku rasa perlu dan tidak perlu dilakukan oleh diri masing-masing terutama yang beragama Islam...skop pemerhatian aku kali ini lebih kepada apa yang berlaku di Malaysia yang mana masing-masing tidak mahu mengalah tentang konsep Maulidur Rasul yang saban hari diperhangatkan didalam media cetak dan media massa..

        Isu seperti perlukah perarakan dan sebagainya tidak seharusnya timbul..sesama Islam tidak seharusnya bergaduh mahupun bertengkar mengenai isu ini..Itu semua bergantung kepada kemahuan masing-masing...tidak semestinya tidak mengadakan perarakan itu bermakna melupakan..dan tidak semestinya mengadakan perarakan itu menandakan kita ingat akan Baginda jikalau itu cuma hanya sekadar perarakan  kosong tanpa membawa makna..tidak perlu saling tunding-menunding satu sama lain..kerana pabila kita bersengketa...dengan mudah musuh-musuh Islam mempergunakan isu sedemikian untuk menjatuhkan kita..bukan tujuan aku untuk salahkan sesiapa..cuma ingin menyedarkan..bayangkan kita sesama saudara seIslam bergaduh dan bertengkar..dimana lagi kekuatan dalam mempercayai satu sama lain..dan jika Baginda masih lagi hidup...sudah pasti Baginda akan berasa sedih dengan tingkah laku yang ditunjukkan umat-umat Baginda pada zaman sekarang..

      Buka mata hati masing-masing dan jangan biarkan nafsu amarah mengawal minda...tidak salah mengadakan perarakan dan tidak salah jikalau tidak melakukan perarakan..sekurang-kurangnya sekadar mengingati Baginda dan cuba seboleh-bolehnya untuk mengamalkan sunnah-sunnah Baginda..masing-masing diberi nikmat berfikir, justeru gunakan kearah kebaikan..kenapa manusia-manusia zaman sekarang kerap menjadikan isu Maulidur Rasul sebagai isu hangat untuk saling membidas satu sama lain..isu yang tidak sepatutnya timbul sebarang pertengkaran..sengaja diketengahkan..dan kenapa isu seperti mengamalkan sunnah dan tidak mengamalkan sunnah tidak diketengahkan..sengajakah kita mengambil peluang yang tidak sepatutnya timbul untuk menghentam pihak lain?....kenapa isu memperingati hari kelahiran Baginda menjadi topik untuk bersengketa...sedangkan sedikit pun sunnah Baginda kita tidak amalkan..pernah kita berfikir begitu? Sedar atau tidak kita semakin jauh meninggalkan sedikit demi sedkit sunnah Baginda? Sama-samalah berfikir...dan tidak perlu tunding menunding satu sama lain..jangan anggap setiap tindak tanduk kita selalunya betul...kadang-kadang nasihat itu penting untuk kembali ke jalan yang benar..Sekian.

Disini aku nak kongsi sikit video yang mungkin amat berguna buat diri masing-masing untuk menilai tahap diri masing-masing dalam mengingati baginda...adakah anda seperti gadis terakhir didalam video ini..sama-sama menilai diri masing-masing..

gravatar

Perginya hati menempuh alam bergelar persahabatan...


     Entri kali ni aku nak sentuh pasal friendship a.k.a persahabatan..dan entri kali ini kebanyakkan berkisar pasal sejarah atau pengalaman hidup aku sendiri. Mungkin tidak mengandungi sebarang info berguna, tetapi sekadar aku menconteng blog ini dengan sedikit catatan buat ingatan aku sendiri...Mana tahu...satu hari nanti...aku dah beristeri atau mungkin dah bekerja, aku usha-usha balik entri lama buat aku senyum sendiri..

    Berbalik kepada tajuk entri kali ini..sudah 20tahun aku menjejak kaki ke dunia ini..itu pun belum cukup betul-betul 20..sebab hari lahir aku bukan lepas lagi tapi tak lama lagi..banyak yang aku belajar dari erti setiap persahabatan yang aku mulakan atau pernah terjalin sendiri..betul cakap orang...Don't judge a book by it's own cover..sebab cover je tak cukup untuk menilai seseorang...walaupun first impression tu penting...tapi tidak adil bagi seseorang itu dinilai sedemikian rupa..bagi aku...aku belajar something la..cuba kita bayang kita dekat tempat orang tu..bayang apa kita akan rasa bila orang buat macam kita buat dekat orang tu..bak orang tua-tua cakap...dari mata jatuh ke hati..tidak semestinya hati itu mesti cinta..dan tidak semestinya suka itu cinta ke sayang ke..yang aku cuba terang kat sini..perasaan suka berkawan dengan orang tu...kenal dulu hati budi masing-masing..baru boleh menilai macam mana..siapa pun nak berkawan dengan orang yang ceria kan...at least...someone that can warmth us..dan bila seseorang itu baik dengan kita...jangan pulak kita ambil kesempatan...jadilah kawan yang baik sebelum kawan kita berbaik dengan kita...think that...
Pandai-pandai lah korang nak menilai mana satu korang..
     Itu secara general yang mampu aku tekankan..berbalik kepada pengalaman aku yang sudah 20tahun aku lalui..macam-macam personaliti yang aku kenali dan bezakan..first sekali aku nak sangat tekankan..kita berkawan ini tidak berbayar sesen pun..dan kita berkawan ini tidak mengharap dibalas...kita berkawan jugak bukan mengharap untuk diingati dan bukan jugak untuk dilupakan...and that's the truth about friendship..other than that..that wasn't a pure friendship..itu konklusi yang mampu aku simpulkan sepanjang aku mengenali kawan-kawan aku...sepanjang aku kenal..ada je yang jenis penting diri..susah nak nasihat..keras kepala..berhasat dengki..melupakan waktu senang, mengingati waktu susah...tidak senang hati dengan kelebihan orang lain...bercakap banyak..pendiam...periang...happy-go-lucky..kebudak-budakan...baik hati...banyak lagi lah yang tak mampu aku nak tulis..sebab kata orang..easy to remember but hard to forget...dan setiap sikap-sikap yang aku tulis itu mungkin jugak buat musuh-musuh yang pernah dulu menjadi salah satu kawan-kawan aku...senang cakap..sikap-sikap manusia yang pernah aku kenal lah...tidak kira lah musuh ke kawan ke..sahabat ke...

      Apa-apa pun..pengalaman hidup dalam mengenali orang itu banyak mengajar diri untuk lebih bersabar dan tabah la..memang setiap orang mempunyai kekurangan..tetapi itu la guna kawan..kalau ikhlas berkawan..seseorang itu tidak akan melihat kekurangan kawan dia sebagai peluang untuk sabotaj ke ape ke..kawan sejati ialah orang yang mampu menutup kelemahan kawannya itu dari diketahui orang...bukan dibuka-buka...kalau nak berkawan...letak lah niat dekat hati yang tidak mahu minta dibalas atau bertujuan apa-apa pun...Akhir kata...berusahalah menjadi sahabat sejati kepada seseorang sebelum mengharap seseorang itu menjadi sahabat buat diri kita pula...Sekian...Selamat menjadi kawan sejati ye...^_^

gravatar

Emptiness..hope...and wishes...

      Tidak banyak yang mampu dikongsi...Just a little bit depress in myself..tapikan..kalau sikit-sikit mesti lama-lama jadi bukit kan...aku masih sikit-sikit..tapi tak tahu lama mana yang mampu aku bertahan.. Dont't really sure how many more burden I can hold on..I wish I can stand a little bit more longer..Day by day, aku macam...entahla...lost hope..no more hope to be gamble with...My life seem so plain..really empty..and sometime those feeling create such a massive pain to me.. Dengan hanya melihat dan mendengar dah cukup buatkan hati aku sedikit demi sedikit hilang erti rasa bahagia..Entah...dah macam...empty soul....
      Kadang-kadang aku terfikir jugak...aku ni dah hilang benda yang dipanggil perasaan..macam dalam gambar tu..."I'm alright, It only hurts...when I breathe..."dari sudut fizikal..I'm ok...tapi siapa pun tak mampu lihat dari sudut dalaman kan..I wish people to understand me..taking care about me...but when I think twice..why must I put again my hope to others...sedangkan aku pernah dikecewakan dengan meletakkan harapan kepada manusia..ntah la...until now on...can still feel that moment...and again bleeding..korang tahu kan camna kalau rasa bila luka yang berdarah berkali-kali..lastly yang mampu aku kata.."NTAHLA"...it's sound like lost hope...
       What I wish the most...to turn back the time..the moment I want to give the hope...to stop it being happen, so that it won't grab my happiness.."Easy to remember, hard to forget"...each time I recall those moments..I keep smiling and at the same  time feel so hurt...and that feeling really screw up my day..and last..until now..I didn't believe others...believe that they can be trust to put any hope and my feeling...

P/S: I'm crying again while writing this "emo" entry...

gravatar

3/3...march kembali..

       Sedar tak sedar...dah march...ferbruari dah berlalu dan mungkin tak akan datang lagi februari yang sama....Makin hari..makin tua..tapi baru semalam je aku rase aku baru keluar dari Beseri [sape kenal aku tahula].. rasa macam kejap sangat..kali ini...entri ni agak merepek la[bagi korang la rasanye]...

       Hurm..sedar tak sedar...tarikh keramat untuk menjejakkan hari-hari aku ke alam 20-an ni semakin dekat..bukan tujuan aku nk post sini nak korang concern ke ape...just nak cakap bertapa cepatnya alam berputar...Ini baru bercakap pasal bulan dan belum lagi melibatkan hari...tambah lagi jam dan for sure...lagi cepat rasanya...bukan ape..pagi tadi aku macam terfikir lak...oleh sebab aku muat turun benda dari internet..IDM ni letak kiraan masa yang akan complete muat turun tu..dari situ aku fikir..1minit..ada 60 saat dan sudah pasti ramai yang  rasa 60 tu angka yang besar..sebenarnya salah sebab bila ia dalam bentuk saat, bukan lama mana sebenarnya..
      Jadi, kalau aku atau sesiapa pun leka 60saat, burn saja 1minit, kalau 60minit...burn la 1jam...dalam buat ape-ape pun..kalau terleka 5saat pun boleh membawa maut..nampak tak pentingnya masa...Jangan lak "pandai-pandai" fikir yang saat tidak ada kaitan dengan minit..sama jugak minit dengan jam..kalau terjejas saat..maka terjejas la jugak minit..dan begitu la seterusnya...aku bercakap ni sebab sesetengah manusia ni..nak bagi jelas lagi..orang ni suka sangat berstigma yang masa boleh diambil mudah...tapi maybe sesetengah yang sudah bekerja tahu macam mana pentingnya masa dalam kerjaya..[jauh ke aku melalut]....

      So...sendiri kena ingat la masa tu macam mana..mungkin korang tak termasuk lagi dalam kondisi-kondisi yang melibatkan masa..sekali masuk...sure tahu camna..aku tulis ni untuk pesan je..sebab aku dah pernah rasa bertapa berat nak handle melibatkan masa..so...take care ^_^

gravatar

Kenapa begini...kenapa begitu...

      Dah lama aku tak bukak surat khabar..maybe sebab setiap kali buka...mesti yang isu ini..mesti isu itu..semua sama...rosak sana...rosak sini...rogol sana...rogol sini...rompak sana...rompak sini...dah meluat dah...semakin hati semakin parah...memang...tak semua isu pasal tu...tapi...mesti ada saban hari...tak kira la...buang anak la...bunuh bayi la...terlanjur la...semua pasal kerosakkan...tiada prikemanusian..mana hilang adat..mana hilang rasa prihatin..

      Tak dekat muka surat satu...alih muka surat lain...mesti ada...MESTI...sudah menjadi kemestian berita buang anak..berita rompak...berita salah laku..macam dah hilang nilai ketimuran dalam remaja sekarang...keseronokkan dunia yang dicari...dibalik hari..menyesal tidak sudah...menangis lah...bunuh diri lah...dah macam sinonim sangat kan?...mana letak kewarasan akal...mana letak keimanan yang diajar sejak kecil...mudah sangat terpengaruh dengan perubahan semasa....selagi tiada keinsafan dalam diri masing-masing...makin menjadi-jadi...bukti sudah dilihat...statistik pembuangan bayi...saban hari bertambah...maksudnya..remaja sekarang...semakin parah tahap imannya...

      Terlampau bersikap optimis dengan perkembangan teknologi semasa...kadar tahap akhlak pula dibiarkan merudum...Kemajuan yang dicari...Islam ditinggalkan...katanya Islam menyekat pembangunan..itu cara pemikiran yang secara total telah dipengaruhi keduniaan..berjaya sudah nikmat dunia mengawal pemikiran-pemikiran....Entah...tak faham jugak...bukan tak sedar apa yang dibuat itu berdosa..tapi nak sangat nikmat dunia tu...dan lastly..menyesal tak sudah...lepas menyesal tak sudah...buat dosa besar pula...bunuh diri...itu salu yang dalam kepala untuk menyelesaikan masalah...Kenapa tak guna teknologi yang diberi Allah dalam bentuk nikmat untuk balik atau dekat dengan Pencipta?...buka mata hati...bukan mata dunia...kejar lah dunia sejauh mana pun...tidak akan puas...tidak akan habis...tetapi sedar tak kita hidup ni tak lama untuk mengumpul pahala..amalan-amalan untuk hidup lebih lama diakhirat nanti...HIDUP YANG KEKAL...dalam syurga, nikmat tidak pernah berhenti-henti...tak nak ke camtu?? jangan la sempitkan pemikiran...Tak kekal lama dunia ni pun...

      Kejarlah amalan...bukan perempuan...Kejarlah istighamah dalam melakukan sesuatu ibadat...bukan duit kemewahan...Kejarlah hidup abadi didalam syurga...bukan nikmat hidup didunia ni yang tak tahu berapa lama lagi nak hancur itu pun kalau umur panjang...Kejarlah keikhlasan dalam beribadat...bukan saling menipu dan berdusta demi membolot keduniaan...Takkan kemana harta bertimbun kalau tidak dikerjakan ke jalan Allah...bukan harta, perempuan, rumah besar, kereta mewah, nikmat dunia nak dibawa ke dalam kubur...Sudahla...menyesal sekarang lebih baik dari menyesal saat sikaratulmaut...Fikirlah setiap kali apa yang nak dibuat...Ingat ada yang memerhati...walaupun tiada manusia..tetapi Dia Maha Melihat...











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

More ads